
Laporan/foto: Khairul Othman
JELEBU, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Sebanyak 75 penyelidikan dan inovasi dipertandingkan di Program Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi 2023 (SSPI’23) Peringkat Parlimen Jelebu di Kolej Komuniti Jelebu, semalam.
SSPI’23 memberi peluang kepada pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar kolej serta pensyarah institusi pengajian tinggi untuk mengetengahkan hasil penyelidikan dan inovasi mereka.
Menurut pengarah program Ts. Sharifah Norakhil Syed Loed, objektif pengnjuran program adalah sebagai platform menyumbang idea, inovasi dan pengetahuan mengenai bidang masing-masing.
Menurut seorang peserta dari Kolej Vokasional Kuala Klawang Hadif Danail, 18, pertandingan tersebut membantu dalam menonjolkan projek inovasinnya kepada umum.
Hospital Tunku Ampuan Najihah turut mengambil bahagian dalam program ini dengan mengadakan kempen menderma darah.
Program yang berlangsung sejak Isnin lalu akan dirasmikan penutupannya oleh Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias pada hari ini.
-ZS-