Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Sekolah Rendah Islam Al Hafidz Bandar Sierra Terap Kemahiran Kepimpinan Murid

By 6 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Saberiya Patiroi/SRI Al (Sabah)

KOTA KINABALU, 6 Feb (Malaysiaktif) – Pendidikan agama dalam kalangan kanak-kanak mampu melahirkan generasi yang berwibawa dan berkepimpinan pada masa hadapan.

Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Dr. Aliakbar Gulasan, berkata selaku sekolah swasta yang pertama di negeri ini, daya kepimpinan di bangku sekolah rendah memerlukan usaha bersama dari semua pihak.

Jelasnya lonjakan paradigma bermula dengan menerapkan modul ‘leadership skills’ dalam kalangan anak-anak sebagai langkah awal membentuk pemimpin yang akan menerajui negara suatu hari nanti.

“Antara teras keluarga qurani yang perlu diteruskan adalah usrah bersama antara ibu bapa dan guru yang merupakan tunjang kepada kejayaan ini.

“Sokongan daripada ibu bapa terhadap semua program dan pengurusan sekolah sangat perlu bagi mengekalkan momentum ini dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah,” katanya ketika merasmikan majlis itu dan lagu rasmi sekolah tersebut di Dewan Utama Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada Ahad.

Sementara itu, Sulkiflizan Yacho, 40, bapa salah seorang murid berkata sistem persekolahan sekolah ini sangat sesuai bagi melahirkan generasi al-Quran menjunjung ajaran rabbani.

“Ibu bapa turut memainkan peranan dalam proses pembelajaran anak dan menyokong penglibatan mereka dalam setiap aktiviti yang dianjurkan sekali gus sebagai wadah mencorak sahsiah unggul anak-anak,” jelasnya.

Majlis Apresiasi Murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Hafidz Bandar Sierra disambut meriah oleh ibu bapa dan warga pendidik dan diadakan bagi meraikan kejayaan keluarga qurani yang menjadikan anak sebagai saham dunia dan akhirat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda