
Laporan/foto: Zayana Isa/JPKK Sanggang
TEMERLOH, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sanggang merancang untuk meneruskan program Subuh Macam Jumaat di kampung berkenaan pada masa akan datang berikutan sambutan yang mengalakkan daripada penduduk setempat.
Menurut Pengerusi Hamidin Othman, program ini perlu dibuat secara berterusan untuk menarik lebih ramai jemaah ke masjid.
“Program ini juga dapat menarik anak muda untuk mendirikan solat jemaah di masjid sekali gus dapat menarik lebih ramai jemaah,” katanya ketika dihubungi Malaysia Aktif hari ini.
Ujar beliau lagi, program ini perlu diteruskan untuk memberi ruang kepada anak muda mendekati dan sekaligus merasa diterima untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid.
Program Subuh Macam Jumaat yang dianjurkan bersama Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Sanggang baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan yang dihadiri kira-kira seramai 150 orang jemaah.
-ZS-