Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Nasib Gua Madu Kian Dilupakan

By 22 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhazliza Mod Din/Muhammad Amirul Faisal Rostan (Gua Musang)

GUA MUSANG, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Gua Madu yang terletak di Kampung Batu Papan di pinggir Bandar Gua Musang mendapat namanya kerana terdapat banyak sarang lebah yang menghasilkan madu dalam gua berkenaan dan lebih menarik pernah menjadi tempat persembunyian komunis

Menurut penduduk kampung Shamsul Babri Taib, 62, tempat ini dahulunya sangat menarik dan dikunjungi oleh ramai pengunjung terutamanya peminat patin masak tempoyak kerana terdapat kedai makan yang menyediakannya.

“Selain itu, sup tulang atau ‘gearbox’ dan ikan sungai bakar juga turut dijual di sini.

“Namun gua ini kian sepi dan tidak terurus selepas ditenggelami banjir tahun 2014 yang memusnahkan semua kemudahan infrastruktur seperti tandas awam, kedai makan dan surau,” jelasnya semalam.

“Sekarang masih ada lagi pengunjung yang datang bertujuan mendapatkan air tadahan dari gua yang dikatakan dapat menyembuh penyakit gatal.

“Saya amat berharap agar Gua Madu ini dapat dibangunkan semula untuk menjadikan tempat bersejarah dan pelancongan bagi Gua Musang,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda