Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

RM15,000 Bantuan Persekolahan bagi Anak Nelayan di Perlis Selatan

By 22 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Muhammad Faiz Fadzil telah merasmikan Program Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah bertempat di Pusat Transformasi Nelayan PNK Perlis Selatan, Kuala Sungai Baru di sini pagi tadi.

Menurutnya, bantuan yang disampaikan itu dengan nilai keseluruhan RM15,000 membuktikan LKIM sentiasa mengambil tahu dan mengambil berat akan pendidikan anak-anak nelayan di negeri Perlis.

“Program Anak Nelayan Kembali ke Sekolah ini diharapkan membantu mengurangkan kos para nelayan dan juga memberikan kegembiraan buat anak-anak nelayan dalam menempuh tahun baru persekolahan yang akan tiba tidak lama lagi,” ujar Muhammad Faiz dalam ucapan perasmian.

Anak-anak nelayan pada majlis pagi ini telah menerima bantuan barangan seperti beg sekolah, topi, botol air, buku nota, alat tulis serta kupon tunai dengan anggaran RM150 setiap seorang.

Program anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ini telah mendapat kerjasama Petronas Dagang Berhad yang telah menyumbang sebanyak RM10,000 dan RM5,000 daripada  Yayasan Anak Nelayan Malaysia (YANEM) iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT).

-ZS-

Tinggalkan komen anda