Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Baling Bertaqwa 2.0 #Subuh Macam Jumaat

By 11 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Baling)

BALING, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Kesinambungan daripada kejayaan melaksanakan Program Baling Bertaqwa sebelumnya, semalam telah diadakan pula Program Baling Bertaqwa 2.0 #Subuh Macam Jumaat anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Baling bertempat di Masjid Ridzwaniah Pekan Baling besempena Sambutan Hari Polis yang ke 217 yang akan disambut pada 25 Mac nanti.

Program bermula dengan himpunan hampir 1,000 jemaah dalam solat subuh, diimamkan oleh Al Fadhil Tuan Imam Masjid Ridzwaniah, Ustaz Mohamad Nazif Zakaria dan kemudiannya diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai Agama Daerah Baling Tuan Syeikh Hakimin Hassan.

Pegawai Daerah Baling, Abdul Gafar Yahaya dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada IPD Baling terutama kepada Ketua Polis Daerah, Superintendan Samsudin Mamat di atas penganjuran program yang dijadikan kesinambungan kepada Program Baling Bertaqwa 1.0.

“Saya berharap agar setiap agensi kerajaan dapat melaksanakan apa jua program setiap masa supaya Daerah Baling setiasa menjadi sebuah Daerah Yang Bersih, Bahagia dan Berdaya Huni.

“Selamat menyambut Hari Polis yang ke 217 kepada seluruh anggota PDRM Daerah Baling,” katanya.

Peserta kemudiannya melakukan riadah dalam sesi sihat 10,000 langkah dengan senaman ringan seterusnya melakukan aktviti berjalan kaki menelusuri Kawasan Rekreasi Lubuk Pedati sejauh 4.5 kilometer.

-ZS-

Tinggalkan komen anda