
Laporan/foto: Mohd Fauzi
TAMPIN, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Haji Mohd Isa turun padang menyantuni pesakit di Hospital Tampin, semalam.
Isam mengambil kesempatan menziarahi pesakit di sini dan menyampaikan sumbangan kuih dan duit raya sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba.
Melati Yaiap, 53, berkata beliau bersyukur pemimpin seperti ini dapat bertemu pesakit dan Ahli Parlimen Tampin turut mendoakan pesakit cepat sembuh dan memberi sedikit sumbangan hari raya.
“Kehadiran Ahli Parlimen dapat mengembirakan kami pesakit di sini di samping memberi semnagat kepada pesakit yang di jangka meraikan Aidilfitri di hospital tahun ini,” katanya.
Turut hadir Pengarah Hospital Tampin Dr. Norzaliza Razali.
-ZS-