Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sesi ‘Townhall’ Peluang Komuniti Suarakan Masalah

By 16 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Selangor)

SHAH ALAM, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Pertemuan dua hala atau sesi ‘townhall’ sangat penting bagi menyelesaikan masalah dalam komuniti sehingga ke akar umbi.

“Antara isu yang dibangkitkan oleh komuniti hari ini adalah, kebanjiran warga asing di kawasan perumahan, kesesakan lalu lintas di beberapa jalan raya yang melibatkan kawasan perumahan dan cadangan mewujudkan balai polis di kawasan pesat membangun serta memperbanyakkan pemasangan CCTV di kawasan tertentu,” katanya.

300 orang menyertai sesi Townhall Discussion Polis Kontinjen Selangor 2024 di Dewan D’ Cerana Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, berkata demikian di sesi Townhall Discussion Polis Kontinjen Selangor 2024 di Dewan D’ Cerana Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini semalam.

Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Kembara 22F, Klang, Mohd Hafiz Mohamed, 40, program hari ini sangat bermanfaat dengan topik yang disampaikan mengenai jenayah penipuan dan ancaman jenayah seksual di kalangan kanak-kanak.

Antara Ketua KRT dan Ketua Persatuan Penduduk di Selangor yang hadir ke di sesi Townhall Discussion Polis Kontinjen Selangor 2024.

“Saya juga mengharapkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat mengadakan pertemuan bersama komuniti di setiap zon bagi menyelesaikan isu-isu di peringkat komuniti,” katanya.

Seramai 300 orang yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Komunti KRT dan persatuan penduduk serta agensi kerajaan menghadiri sesi tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda