Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Sejati Madani Bantu Jana Ekonomi Komuniti

By 17 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Sazali Ab Hamid/Nik Muhammad Faiz Faizal (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Terima kasih kerajaan Madani!

Itu ungkapan yang dizahirkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuak Hulu Mohd Nazri Md Midah ketika ditemui, di sini semalam.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak yang meluluskan dana sebanyak RM100,000 bagi projek tanaman betik sekaki untuk Kampung Kuak Hulu di bawah Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani).

Mohd Amran menganggap program ini sebagai pemacu ekonomi komuniti.

“Pelbagai dana dan bantuan diperoleh oleh komuniti kampung setelah kerajaan Madani memerintah seperti Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan kini melalui Porgram Sejati Madani pula,” katanya.

Menurutnya, kerajaan bersungguh-sungguh berusaha bagi membantu meningkatkan ekonomi rakyat terutama di kawasan kampung.

“Kampung Kuak Hulu sememangnya berpotensi untuk projek tanaman betik sekaki dan syukur, permohonan untuk dana Sejati Madani diluluskan atas projek tersebut,” tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi JPKK Kuak Luar Mohd Amran Mohamad Nor pula menerima dana sebanyak RM80,000 melalui program sama untuk projek tanaman cili fertigasi dan kuih tradisional.

“Kita akan mencari peserta dari kalangan miskin tegar dan B40 yang tidak terlibat dengan program ekonomi kerajaan yang lain bagi keadilan kepada semua.

Penghulu Mukim Pengkalan Hulu Rosni Abdullah.

“Dana ini diibaratkan sebagai pemacu ekonomi komuniti yang mampu mengubah hidup peserta sekiranya dilaksanakan dengan betul,” katanya yang juga veteran tentera.

Penghulu Mukim Pengkalan Hulu Rosni Abdullah, memaklumkan projek di bawah program Sejati Madani ini akan dipantau oleh jawatankuasa khas yang ditubuh.

“Tujuannya adalah agar dana tersebut dapat digunakan sebaik mungkin dan memberi impak yang optimum kepada peserta yang dipilih,” jelasnya.

Dana Sejati Madani merupakan insentif kerajaan untuk pembangunan ekonomi komuniti dan telah disampaikan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad pada 13 Mei di Tapah sempena Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak.

Untuk rekod, Perak menjadi negeri pertama yang menerima dana tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda