Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Kerjasama KKBBM dan KEMAS Bantu Usahawan Muda

By 17 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fadillah Abdul Latif (Melaka)

BUKIT BERUANG, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Kerjasama antara Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) melaksanakan Kursus Kemahiran Quick Win Bidang Masakan (Barista) mampu membantu meningkatkan pendapatan khususnya kepada usahawan muda.

Nursyahirah Yahyah bersama Khairol Hakkeky Hashim tenaga pengajar KKBBM yang memberi penerangan bagi meningkatkan lagi kemahiran peserta.

“Melaluinya dapat memberi ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran serta membantu meningkatkan pendapatan peserta pada masa akan datang.

“Setiap peserta dibekalkan peralatan ‘barista’ (pembuat kopi) oleh pihak KEMAS bagi menjalani kursus ini dan sebaik sahaja tamat kursus peralatan ini diserahkan kepada para peserta untuk digunakan bagi menjalankan peniagaan dan membantu menjana pendapatan,” ujarnya, di sini semalam.

Muhammad Sani Che Idris melihat sendiri peserta kursus mengikuti kelas ‘barista’.

Menurut peserta Nursyahirah Yahyah, 35, dari Taman Noobah, Bukit Serindit, beliau mengusahakan perniagaan katering Nasi Bungkus 977 secara kecil-kecilan.

“Saya berharap melalui kursus ‘barista’ di KKBBM dan bantuan peralatan yang diberikan oleh KEMAS, ini mengembangkan lagi perniagaan yang dijalankan bersama suami,” ujarnya.

Seramai 10 orang peserta telah berjaya menamatkan kursus yang berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Mei di Restoran D’Serai KKBBM.

-ZS-

Tinggalkan komen anda