
Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Shah Hood (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan Johor memperuntukkan sejumlah RM5.95 juta untuk menaik taraf bilik guru di seluruh sekolah di negeri itu sebagai tanda galakkan dan sokongan kepada guru.

Kerajaan Johor memperuntukkan sejumlah RM5.95 juta untuk menaik taraf bilik guru di seluruh sekolah di negeri itu sebagai tanda galakkan dan sokongan kepada guru – Aznan Tamin.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin, berkata setiap bilik guru akan mendapat bantuan khas RM5,000 dan beliau berharap guru-guru di Johor mendapat manfaat dan lebih selesa ketika bertugas mencurahkan ilmu.
“Selain itu, Yayasan Raja Zarith Sofiah turut menyumbang papan putih interaktif kepada 30 buah sekolah yang terpilih terutamanya yang berada di luar bandar,” katanya selepas merasmikan Majlis Apresiasi Warga Pendidikan 2024 bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Pulai Emas, Kulai, di sini hari ini.

Aznan Tamin bersama penerima-penerima Anugerah Tokoh Hari Guru Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 dan penyerahan cek cura Bantuan Bilik Guru Sekolah Negeri Johor.
Dalam pada itu, Aznan juga memaklumkan tiada isu keselamatan di peringkat sekolah kerana pihak sekolah sentiasa berhubung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai keselamatan dan persekitaran dalam sekolah.
Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Johor Mohd Hanafi Samad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Datuk Pandak Ahmad dan Pegawai Pendidikan Daerah Kulai Mohd Kamal Ahmad Untong.
-ZS-