
Laporan/foto: Hanafi Ahmad (Perak Tengah)
PASIR SALAK, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Karnival Pendidikan TVET dan Kerjaya POLYCC anjuran Unit Perhubungan Industri dan Alumni Kolej Komuniti Negeri Perak (KKNP) dengan kerjasama PERKESO Negeri Perak di Kolej Komuniti Pasir Salak, di sini kelmarin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung.
Fokus utama program ini adalah melahirkan graduan yang holistik dan berciri keusahawanan melalui jalinan kolaborasi industri.
Pelbagai peluang pekerjaan daripada lapan syarikat swasta dari pelbagai sektor turut serta dalam temuduga kerjaya ini antaranya Revotech Electrical Sdn Bhd, PNA Technologies Sdn. Bhd. dan Carsem (M) Sdn. Bhd.
Menurut Pengerusi Kolaborasi Industri dan Alumni KKNP Mohamad Akhyar Mohd Noor, program tersebut sebahagian strategi dan tindakan dalam meningkatkan jalinan kolaborasi dengan pihak industri.
“Ia juga membantu POLYCC untuk meningkatkan kualiti pengajian sehingga menjadi institusi peneraju dalam bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional,” tambahnya.
Antara pengisian pada program tersebut ialah sesi dialog bersama industri, taklimat ‘my future job: hired with style’ dan perkongsian CEO@POLYCC.
Hadir merasmikan program Pengarah Politeknik Ungku Omar (PUO) merangkap Pengerusi Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Perak Dr Shamsuri Abdullah.
-ZS-