Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kaunter Zakat Bergerak di KWSP Alor Setar Mudahkan Pencarum

By 25 Mei 2024Mei 26th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

ALOR SETAR, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Kaunter Bayaran Zakat Bergerak yang dibuka di perkarangan hadapan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Alor Setar kelmarin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pencarum dan warga KWSP.

Seorang pencarum Morliza Hamidun, 60, berterima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman kerana mengambil langkah bijak tersebut.

Pertugas KWSP tekun melayan pengunjung yang hadir.

“Kaunter bergerak di KWSP dan amat memudahkan untuk saya menunaikan zakat dan sekiranya ada permasalahan berkaitan zakat, pencarum boleh terus mengajukan soalan kepada pegawai yang bertugas,” ujarnya.

Antara perkhidmatan yang diberikan adalah pentaksiran semula zakat pendapatan, pertanyaan mengenai zakat harta dan yang paling menjadi keutamaan adalah peluang untuk menunaikan zakat potongan gaji.

Tinggalkan komen anda