Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Komuniti MADANI Penting Sebagai Penyalur Maklumat Tepat kepada Masyarakat

By 27 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nicholas Balawing/Suut Mohamad Mus (Sarawak)

BAU, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Komuniti MADANI memainkan peranan penting sebagai penyalur maklumat yang betul dan tepat kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata kepesatan kemajuan dalam dunia digital kini telah banyak membantu orang ramai dalam pelbagai bidang seperti perniagaan.

Teo berharap agar Komuniti MADANI dapat membantu menjayakan kempen Celik Digital.

“Diharapkan agar Komuniti MADANI dapat sama-sama membantu dalam kempen Celik Digital,” kata Teo ketika menghadiri program Sembang Santai bersama Komuniti MADANI dan telah disertai kira-kira 12 orang Ketua Komuniti MADANI, di sini hari ini.

Menurut Teo lagi, masyarakat atau orang ramai juga seharusnya celik digital dan sentiasa berwaspada agar tidak mudah terpedaya dengan ‘scammer’.

Katanya, dengan adanya teknologi digital, usahawan tempatan telah mampu memasarkan produk keluaran mereka ke luar negara seperti ke Singapura.

Sembang Santai bersama Komuniti MADANI disertai kira-kira 12 orang ketua Komuniti MADANI.

Komuniti MADANI merupakan sebuah badan sukarela pelbagai kaum yang diurus tadbir oleh Jabatan Penerangan (JaPen) bagi memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan dan juga merupakan merupakan gerakan sukarela komuniti berteraskan kerjasama strategik bagi memasarkan maklumat kenegaran, perpaduan serta dasar kerajaan selain bertindak sebagai penghubung ke arah memupuk perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum.

Turut hadir Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol, Pengarah Penerangan Sarawak Helmy Hamid dan Timbalan Pengarah Penerangan Sarawak Aziz Abdul Rahman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda