Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Digital Desa Inisiatif Bank Rakyat Memperkasa Tanpa Tunai Masyarakat Luar Bandar

By 29 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nadia Abdullah (Kluang)

KLUANG, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Bank Rakyat meneruskan komitmen dalam mempromosikan Program Digital Desa kepada masyarakat luar bandar dengan memperkenalkan pembayaran tanpa tunai yang menyasarkan orang awam, pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta usahawan mikro.

Pengurus Bank Rakyat Wilayah Johor Hamdan Daud, berkata Mukim Niyor dipilih sebagai mukim pertama yang menganjurkan program ini dan ia juga merupakan mukim pilihan Bank Negara Malaysia.

Antara orang ramai yang hadir.

“Objektif utamanya adalah untuk memperkenalkan pembayaran tanpa tunai kepada masyarakat luar bandar dan memberi pengetahuan kepada mereka agar tidak ketinggalan.

“Melihat kepada sambutan orang ramai yang amat menggalakkan, kami bercadang untuk mengadakan lebih banyak program seperti ini di mukim-mukim lain pada masa akan datang,” katanya dalam Majlis Jiwa Madani DUN Paloh di Kampung Melayu Niyor, di sini semalam.

Seorang pengunjung Salinah Harun, 63, menyambut baik inisiatif Bank Rakyat ini.

Edaran bahan penerbitan Jabatan Penerangan kepada orang ramai.

“Penyediaan platform tanpa tunai ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa, tetapi juga boleh digunakan di mana-mana sahaja,” katanya.

Pejabat Penerangan Daerah Kluang turut serta dengan mengedarkan bahan penerbitan kepada para pengunjung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda