Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Usaha Memulihara Spesis Terancam Penyu Tangggungjawab Sosial

By 3 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zulkifli Othman/Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 3 Julai (Malaysiaaktif) – Rantau Abang adalah tempat pendaratan penyu dan menjadi kawasan pelancongan yang sinonim dengan hidupan penyu yang semakin terancam.

Sebanyak 250 ekor anak penyu dilepaskan di pesisir Pantai Rantau Abang dalam usaha memulihara hidupan marin yang diancam kepupusan, di sini kelmarin.

Pengurus All Bikes 3s Trading Sdn Bhd Lau Tian Lim ketika merasmikan Program Pelepasan Anak Penyu dan Pembersihan Pantai Ranyau Abang

Pengurus All Bikes 3S Trading Sdn. Bhd. Lau Tian Lai dalam ucapannya, berkata program pelepasan anak penyu dan pembersihan pantai Rantau Abang adalah satu inisiatif tangggungjawab sosial korporat (CSR) khususnya untuk menjaga keindahan pantai dan habibat semula jadi penyu.

“Aktiviti yang dianjurkan dengan kerjasama agensi kerajaan dan NGO bertujuan memupuk nilai kecintaan dan kesedaran terhadap alam sekitar dalam diri peserta dan komuniti setempat tentang pentingnya menjaga alam sekitar selain menjaga populasi penyu daripada kepupusan,” katanya.

Penghulu Mukim Abang, Ahmad Khairulizan Alias berkata, program yang diadakan bersama kerajaan dan syarikat swasta serta komuniti setempat bertujuan memberi hebahan dan kesedaran kepada orang ramai dalam menjaga populasi penyu iaitu haiwan reptilia unik yang semakin pupus. Aktiviti seumpama ini wajar menjadi contoh terbaik dalam mendidik masyarakat memulihara penyu spesis yang semakin terancam.

Penyampaian sumbangan kepada wakil Jabatan Perikanan oleh Pengurus Syarikat All Bikes 3s Trading

“Diharapkan program ini menjadi motivasi kepada semua pihak terutama pelancong dan nelayan agar menyayangi spesis tersebut. Rantau Abang merupakan destinasi pendaratan penyu yang popular sejak dahulu lagi dan penyu yang dilepaskan mampu berenang jauh merentasi benua dan populasinya akan pupus jika tiada kesedaran untuk memulihara dan memelihara haiwan ini.

“Harapan agar penyu ini akan kembali semula ke pantai ini dan menjadi tarikan kepada industri pelancongan dan seterusnya memberi pulangan ekonomi kepada komuniti setempat,” ujarnya.

Selain itu, aktiviti gotong-royong membersih pantai turut diadakan melibatkan semua peserta yang hadir.

-AA-

Tinggalkan komen anda