Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Jalan Taman Ira Terkenal sebagai Pusat Sehenti Makanan di Kangar

By 6 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah (Kangar)

KANGAR, 6 Jul (Malaysiaaktif) – Kedudukan Jalan Taman Ira, Kangar yang strategik berhampiran hotel, bangunan kerajaan dan juga masjid kelihatan sama seperti jalan yang lain.

Namun, di sebalik Jalan Taman Ira sepanjang 1.5kilometer ini, terdapat ‘Lorong Makanan’ iaitu kedai-kedai terkenal yang menjual juadah dari sarapan sehingga makan malam seperti Kedai D’Danish Nasi Lemak In Cabin berhadapan kuarters PDRM dan Gerai Kak Ju, yang terletak di Denai Larian Sungai Repoh serta Kedai Nasi Lemak TMI.

Restoran Nasi Kandar Malabari dengan menu nasi kandar ‘Peghelih’

Selain itu, terdapat juga Restoran Nasi Kandar Malabari dan juga Restoran D Lesung bagi yang ingin menikmati juadah yang lebih berat untuk makan tengah hari.

Menurut seorang penduduk sekitar, Usri Taharim, 52, berkata, Restoran Nasi Kandar Malabari adalah restoran yang paling digemari di kalangan penduduk di sekitar Kangar.

Selain itu, terdapat TFF Cafe, berkonsep kafe yang menyediakan hub makanan vendor dan menyediakan pelbagai jenis minuman.

Seorang pelanggan TFF Cafe, Nur Qatrunnada Yusri, 17, berkata bahawa beliau menggemari minuman  di sini kerana kualitinya yang premium seperti di kafe terkenal serta harga yang berpatutan.

Menu TFF Cafe yang premium sangat digemari oleh golongan muda

Kedai makan malam yang terkenal di Jalan Taman Ira adalah Warung Nisafami, Wanfeera Thai dan restoran berkonsepkan hidangan ‘Chinese Food’ yang mula beroperasi pada lewat petang.

Kebanyakan kedai makan di Jalan Taman Ira ini beroperasi pada hari cuti termasuk cuti umum, menjadikan ia sentiasa menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negeri Perlis.

-AA-

Tinggalkan komen anda