Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Banci Pertanian 2024 Libat Subsektor Tanaman, Ternakan, Perikanan, Perhutanan dan Pembalakan

By 7 Julai 2024Julai 9th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

PADANG BESAR, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Banci Pertanian 2024 akan dilaksanakan di seluruh negara selama tiga bulan mulai hari ini.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, berkata tujuan utama banci ini dilaksanakan adalah untuk mendapat struktur dan ciri-ciri sektor pertanian yang holistik, komprehensif, releven dan bertepatan pada suatu masa yang meliputi subsektor tanaman, ternakan, perikanan, perhutanan dan pembalakan bagi pegangan pertanian seperti pertubuhan perniagaan, institusi dan isi rumah.

Hasil pendapatan pegaga yang diusahakan mampu menjana ribuan ringgit.

Proses pembancian tersebut akan melibatkan seramai lebih 5,000 Pegawai Banci dengan sasaran seramai 1.3 juta pengusaha pertanian atau tempat kediaman yang akan di banci.

“Bagi negeri Perlis sebanyak 14,800 tempat kediaman yang dikenal pasti untuk dijalankan banci pertanian ini,” ujarnya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan sesi lawatan pembancian kepada seorang pengusaha tanaman herba pegaga di Kampung Wang Burma, Chuping, di sini hari ini.

Tanaman pegaga mempunyai khasiat yang banyak kepada kesihatan.

“Kita berharap agar masyakat dapat memberi kerjasama semasa proses pembancian ini dijalankan dan pembancian kepada lebih 20,000 syarikat yang terlibat di dalam sektor pertanian akan turut dijalankan”, jelasnya.

Pengumpulan hasil pembancian ini akan dibentang pada suku kedua tahun 2025 bagi membolehkan satu kajian atau perancangan dibuat di dalam Rancangan Malaysia ke-13.

Tambah beliau lagi, pembancian ini bukan sahaja melibatkan sektor pertanian sahaja ianya juga merangkumi sektor perikanan dan perladangan dan kali terakhir proses pembancian pertanian ini di buat adalah 19 tahun yang lalu, iaitu pada 2005.

Turut hadir Pengarah DOSM Perlis Hamka Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda