
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat mendedahkan beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek dan program di bawah seliaan kerajaan.
Masyarakat di Perlis dilihat memberi reaksi positif terhadap LKAN 2/2024 yang dikeluarkan baru-baru ini.

Mohd Hafiz menyatakan maklumat yang sebenar diberitahu kepada masyarakat.
Wan Zamarizal Zainol, 47, seorang peniaga di Pasar Terapung, yang ditemui di program Bulan Koperasi Peringkat Kebangsaan 2024, berkata kerajaan kini dilihat telus dalam memberi maklumat sebenar kepada rakyat melalui laporan teesebut.
“Melibatkan banyak kementerian pada nilai kos lebih RM41 billion, LKAN 2/2024 ini saya lihat dapat memastikan setiap dana kerajaan yang digunakan tidak dibazirkan.
“Kami sebagai masyarakat dapat melihat bagaimana kerajaan kini menitik berat soal tatakelola yang betul dengan berkongsikan maklumat-maklumat projek-projek atau pengurusan di bawah kerajaan yang berhadapan masalah contohnya ketidakstabilan dalam kewangan mahupun objektif sesuatu penubuhan tidak tercapai,” katanya.
“Ia menunjukkan kelemahan tadbir urus yang perlu ditambahbaik dan juga boleh disemak semula keberkesanan kewujudan sesebuah agensi itu,” ujar peniaga Mohd Hafiz Arif, 40.
-ZS-