Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Diskaun 50 Peratus Bayaran Saman Trafik Sempena KJAMFPs 2024

By 13 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 13 Jul (Malaysiaaktif) – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis semalam telah berjaya mencatatkan kutipan 488 bayaran saman kesalahan trafik setakat hari ini sempena Karnival Jualan Agro MADANI Mega Negeri Perlis (KJAMFPs) 2024 yang berlangsung sehingga esok.

Kaunter perkhidmatan yang disediakan JSPT PDRM Perlis,adalah semakan dan bayaran saman dengan potongan diskaun sebanyak 50 peratus bagi semua kesalahan boleh kompaun bertempat bersebelahan khemah utama program.

Kaunter beroperasi dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.

JSJT Perlis turut menyeru masyarakat di negeri Perlis dan sekitar terutamanya yang mempunyai saman tertunggak untuk mengambil kesempatan menyelesaikan bayaran saman.

Najua, 39, yang hadir bersama anaknya dari Chuping, berkata beliau sanggup beratur panjang menunggu giliran bagi membayar saman trafik pada pagi tadi.

“Saya mai (datang) ke sini awal pagi ini untuk memperolehi diskaun bagi beberapa bayaran saman,” katanya.

Program KJAMFPs 2024 sedang diadakan di dataran bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri, Persiaran Wawasan dengan pelbagai aktiviti dan turut mengadakan jualan besar-besaran bagi barangan keperluan harian pada harga berpatutan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda