Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kibaran Hitam Putih Sambut Hari Keputeraan Sultan Pahang

By 17 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Mohd Rohaizad (Pekan)

PEKAN, 17 Jul ( Malaysiaaktif) – Bulan Julai merupakan bulan yang ditunggu-tunggu rakyat Pahang kerana dalam bulan inilah akan berlangsung pelbagai aktiviti sempena memuliakan Hari Keputeraan Sultan Pahang Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

YDP Majlis Perbandaran Pekan.

Menurut Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pekan (MPP) Mohamad Nasir Jusoh, arahan untuk mengibarkan bendera Pahang telah dikeluarkan kepada seluruh premis kediaman, perniagaan dan bangunan kerajaan.

“Arahan memasang bendera Pahang ini telah dikeluarkan sejak 4 Julai lalu dan arahan ini merupakan amalan lazim yang dilakukan sesebuah agensi pihak berkuasa kerajaan tempatan namun begitu saya yakin setiap warga Pahang khususnya Pekan akan mengibarkan bendera Pahang pada setiap sambutan Hari Keputeraan Sultan Pahang kerana mereka amat menghormati dan menyanjungi Sultan” ujar beliau ketika dihubungi Malaysia Aktif, semalam.

Premis perniagaan sekitar bandar Pekan mengibarkan bendera.

Menariknya, tahun ini merupakan tahun pertama Al- Sultan Abdullah merayakan Hari Keputeraan baginda di Pahang setelah selesai tanggungjawab sebagai Yang diPertuan Agong ke-16 pada Januari lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda