
Laporan/foto: Amalina Shazwani Md. Suhaimi/Pejabat Penerangan Daerah
GEORGE TOWN, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Komuniti dari 13 Parlimen di seluruh Pulau Pinang secara serentak menyaksikan kemeriahan program viewing party sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.

Musolla Masjid Kubang Ulu salah lokasi bagi ‘viewing Party ‘ di Parlimen Permatang Pauh.
Acara ini berjaya menarik kehadiran komuniti setempat di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan, menggambarkan semangat perpaduan dan kebanggaan rakyat terhadap simbol kedaulatan negara.
Kehadiran dan sokongan padu daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang kaum menunjukkan betapa rakyat Malaysia menghargai dan menghormati Institusi Diraja sebagai lambang kestabilan dan perpaduan negara.
Seorang penduduk setempat yang turut hadir dalam acara ini Muhammad Nasae Halim, 37, berkata beliau sangat terharu melihat kehadiran ramai orang daripada pelbagai kaum.

Komuniti sekitar Bayan Baru hadir ke Dewan Pusar Aktiviti Warga Emas (PAWE), Bayan Baru untuk sama-sama menyaksikan istiadat pertabalan.
“Ia menunjukkan betapa kita semua bersatu hati dalam menyokong institusi beraja dan mencerminkan semangat perpaduan yang sebenar.
“Semoga Malaysia terus makmur dan berjaya mencapai segala aspirasi dan cita-cita demi kesejahteraan seluruh rakyatnya,'”katanya.
-ZS-