Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahJohor

Wayang Pacak Istiadat Pertabalan Agong Usaha Murnikan Sistem Raja Berperlembagaan

By 20 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor (Pontian)

PONTIAN, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Program Wayang Pacak sempena Istiadat Pertabalan Agong Sultan Ibrahim yang diadakan di 222 Parlimen seluruh Malaysia merupakan usaha Jabatan Penerangan (JaPen) untuk memurnikan Sistem Raja Berperlembagaan dalam kalangan rakyat negara ini khususnya golongan belia.

Penyerahan watikah kepada 12 buah Komuniti MADANI dalam daerah Pontian disampaikan oleh Pengarah Penerangan Negeri Johor.

Pengarah Penerangan Negeri Johor Saiful Hisham Mansor, berkata melalui tayangan wayang pacak ini ia mampu meningkatkan pengetahuan mengenai tatacara dan alat-alat kebesaran yang digunakan sempena Istiadat Pertabalan Agong.

“Tayangan wayang pacak ini berbeza dengan menontonnya di rumah kerana suasananya lebih meriah dan di sini ada ahli-ahli Komuniti MADANI, ketua masyarakat dan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan untuk berinteraksi dengan orang ramai,” katanya ketika ditemui di Pejabat Penerangan Daerah Pontian, pagi tadi.

Taklimat ringkas mengenai peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) oleh Pengurus NADI Taman Nilam Pontian.

Pada program tersebut, turut diadakan penyampaian watikah kepada 12 buah Komuniti Madani dalam Parlimen Pontian dan Parlimen Tanjung Piai disamping taklimat mengenai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Turut hadir Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu JAPEN Johor Baniamin Abu Bakar, Pegawai Penerangan Daerah Pontian Mohd Faizal Mansor dan Pengurus NADI Taman Nilam Noraziah Abas.

-ZS-

Tinggalkan komen anda