Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

600 Pengunjung Meriahkan Karnival JIWA Komuniti MADANI Parlimen Kuala Selangor

By 21 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azfa Saffie (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 600 pengunjung memenuhi Karnival JIWA Komuniti MADANI Parlimen Kuala Selangor yang dilaksanakan di Bukit Badong, di sini kelmarin.

Anak-anak berinteraksi dan mencuba uniform ‘Abang Bomba’.

Pelaksanaan program melibatkan kesemua sembilan Komuniti MADANI Parlimen Kuala Selangor dengan tayangan secara langsung Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Sungai Sembilang Mohammad Faisal Ismail, pertabalan melambangkan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia serta menjulang kedudukan Yang di- Pertuan Agong sebagai payung rakyat.

“Pelaksanaan julung kalinya ini dapat menimbulkan rasa kagum buat generasi muda serta memahami bahawa negara ini mempunyai nilai ketinggian atau konsep yang meletakkan penghormatan tertinggi kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Kaunter Pendaftaran MyDigital ID oleh MCMC Negeri Selangor dan NADI Felda Bukit Cherakah.

Karnival JIWA Komuniti MADANI Parlimen Kuala Selangor merupakan anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kuala Selangor dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dzulkefly Ahmad.

Penyertaan daripada Pameran Bergerak Antidadah Kebangsaan (AADK), Smart Mobile Library Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Pejabat Pertanian Daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah, Air Selangor, Protect Health Corporation, Pusat Pembanguan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merupakan antara jabatan dan agensi yang terlibat di dalam karnival ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda