Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

16 Calon di Perlis Capai PNGK 4.00 bagi STPM 2023

By 24 Julai 2024Julai 25th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 16 orang calon Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) 2023  telah berjaya mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan  (PNGK) 4.00 di negeri Perlis.

Salah seorang calon STPM 2023 Terbaik di negeri Perlis bergambar kenangan bersama ibu dan bapa.

Timbalan Pengarah Sektor Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Ayub Ahmad, berkata negeri Perlis kekal mencatat keputusan STPM yang cemerlang pada tahun 2023 iaitu PNGK sebanyak 2.85 dan terus  kekal mengatasi Peringkat Kebangsaan sebanyak 0.01.

“Kualiti pencapaian calon yang mendapat PNGK 4.00 telah meningkatkan kepada 16 orang calon berbanding cuma 13 orang calon pada tahun 2022 dan negeri Perlis turut mencatat sejarah kerana tiada calon yang gagal di semua Pusat Peperiksaan Tingkatan Enam sejak empat tahun berturut-turut,” jelasnya.

Beliau yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri di dalam Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2023 negeri Perlis bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin turut menyatakan sebanyak 17 mata pelajaran ditawarkan dalam STPM 2023 di negeri Perlis.

Penyampaian sijil kepada salah seorang pelajar STPM terbaik 2023.

“Bilangan calon yang hadir menduduki peperiksaan ialah seramai 396 orang berbanding 443 calon calon STPM pada tahun 2022 dan daripada 396 orang calon yang hadir mengambil STPM 2023 seramai 184 orang calon telah mendapat PNGK 3.00 ke atas,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda