Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Pencapaian Kammelia Rosly Banggakan Ibu Bapa dan Komuniti Melanau

By 24 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Robin Junang (Sarawak)

KUCHING, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Peribahasa Melayu mengatakan ‘kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’, begitulah pencapaian Kammelia Rosly, antara tiga pelajar SMK Three Rivers Mukah yang telah menerima anugerah Apresiasi Kecemerlangan STPM 2023 bagi Sarawak.

Kammelia ketika majlis apresiasi yang telah berlangsung di Auditorium Jabatan Pendidikan Sarawak, Kuching

Kammelia Rosly, 20, ketika ditemui semalam tidak menyangka akan memperoleh pencapaian yang sangat cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 bagi mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu Komunikatif dan Sejarah.

“Saya berasa rasa sangat gembira kerana dapat membanggakan kedua ibu bapa, komuniti Kampung Tellian Ulu serta dijemput hadir ke majlis apresiasi yang dilangsungkan di Auditorium Jabatan Pendidikan Sarawak,” ujarnya.

Meskipun dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, namun kegigihan pelajar berbangsa Melanau ini yang berasal dari Kampung Tellian Ulu, Mukah untuk mengejar ilmu akhirnya berbaloi dengan kejayaan cemerlang yang diperolehi dalam akademik.

Kammelia ketika majlis apresiasi yang telah berlangsung di Auditorium Jabatan Pendidikan Sarawak, Kuching

“Hanya pelajaran sahaja yang dapat mengubah nasib seseorang dan ilmu amat penting untuk masa depan dan semoga pencapaian ini menjadi pendorong agar lebih ramai lagi generasi akan datang dari kampung saya mendapat kejayaan cemerlang selepas ini,” katanya.

Tambahnya, di antara rahsia kejayaan beliau ialah bangun awal pagi lebih kurang jam 3.00 pagi untuk mengulangkaji pelajaran kerana suasana yang sunyi dapat memberi fokus kepada subjek yang dibaca dan mengulangi secara konsisten subjek yang banyak melibatkan fakta.

“Untuk lebih berjaya, saya mesti rajinkan diri, proaktif, dan belajar dengan rakan yang tepat,” katanya.

-AA

Tinggalkan komen anda