Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang Semarak Semangat Patriotik

By 25 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

ALOR GAJAH, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 meneruskan jelajah di Melaka membabitkan jarak sejauh 122.5 kilometer dengan empat lokasi persinggahan bagi menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kebangsaan.

Pelajar sekolah menanti ketibaan Konvoi KMJG menjelajah Negeri Melaka.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Komunikasi Digital negeri Melaka Datuk Fairul Nizam Roslan, tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 (HKHM) iaitu Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya.

“Sempena sambutan HKHM pada tahun ini, aktiviti kibar Jalur Gemilang terus disemarakkan dengan Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam diri dan ahli keluarga kita.

Fairul Nizam Roslan menandatangani buku KMJG 2024.

“Hiasilah rumah dengan bendera yang menjadi identiti kita di seluruh pelosok dunia namun kibarkanlah Jalur Gemilang yang cukup sifatnya, tidak koyak, tidak uzur dan tidak lusuh kerana bendera ialah gambaran diri kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab,” ujarnya ketika merasmikan pelancaran KMJG Peringkat Negeri Melaka bertempat di Freeport A’ Famosa Outlet, Alor Gajah pada Selasa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda