Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Gerak Remaja Semarakkan Jiwa Merdeka

By 25 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Nik Nor Fatin Fatihah Nik Hasri (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Bagi menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar rakyat mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang tempoh sambutan Bulan Kebangsaan, Gerak Remaja Terengganu tampil mengadakan kempen kibar Jalur Gemilang di Dataran Batu Buruk Kuala Terengganu, di sini kelmarin.

Turut hadir memeriahkan program Penolong Pengarah Perkhidmatan Komuniti dan Pembangunan Masyarakat Saharrudin Mohamed (dua dari kanan).

Pengerusi Gerak Remaja Negeri Terengganu Wan Muhammad Hanif Ashraf Wan Mohd Anafiah, berkata program seperti ini menyemarakkan lagi rasa cinta kepada tanah air Malaysia dalam kalangan generasi muda.

“Gerak Remaja Terengganu sentiasa menyokong program-program yang memberi manfaat kepada para belia yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan dan kesejahteraan agama, masyarakat dan negara,” katanya.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Terengganu Mohd Shohaimil Hafiz Salleh menzahirkan rasa syukur dapat menjayakan program ini sebagai tanda taat setia, pengorbanan dan mendukung semangat kemerdekaan yang diperoleh tanah air sejak 67 tahun lalu.

Barisan peserta terdiri daripada wakil Gerak Remaja bagi enam daerah dan mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

“Saya juga teruja dengan sambutan dan kerjasama baik daripada wakil Gerak Remaja di enam daerah di negeri ini serta penglibatan daripada mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA),” ujarnya.

Turut hadir Penolong Pengarah Perkhidmatan Komuniti dan Pembangunan Masyarakat Saharrudin Mohamed.

-ZS-

Tinggalkan komen anda