
Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)
KEMAMAN, 30 Jul (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Peringkat Negeri Terengganu telah singgah di Sekolah Menengah Islam Al Amin, Kemaman dan disambut meriah oleh para guru dan pelajar di sini, kelmarin.

Tengku Shahrir (duduk) menandatangani buku pelawat sekaligus merasmikan program
Pengetua Azman Dosan berkata, dia sangat teruja dan berterima kasih kepada Jabatan Penerangan Negeri Terengganu selaku penganjur kerana memilih sekolah ini sebagai tempat persinggahan peserta konvoi sekaligus diadakan sesi penyerahan Jalur Gemilang oleh ketua konvoi Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Kazidi Mohd Zainuddin kepada ketua konvoi Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Sait Yaman.
“Program pada hari ini menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan dan menyuburkan semangat patriotisme serta cintakan negara dalam kalangan para pelajar di sini khususnya,” katanya.
Pelajar Nur Adlina Syahirah Rosdin, 17, berkata pengisian program pada hari ini membawa pengalaman yang begitu berharga buat dirinya dan rakan-rakan.

Nur Adlina ketika ditemubual Malaysiaaktif
Sementara itu, pelajar Mifzal Zhorif Mohd Hakimi, 12, merasa bangga kerana dapat melihat sendiri peserta KMJG 2024 secara langsung dan ini merupakan pengalaman kali pertamanya.
Turut diadakan pertandingan Kuiz Kenegaraan Kahoot dan persembahan dikir barat oleh pelajar di sekolah ini.
Program yang dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman Tengku Shahrir Tengku Dahlan dihadiri oleh kira-kira 400 ratus pelajar dan guru serta ketua-ketua Jabatan dan Pengerusi Komuniti Madani Daerah Kemaman.
-AA-