Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Latihan Kebakaran Utamakan Keselamatan Pelanggan di Bangunan Sektor Awam

By 1 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Ryqal/Hafiz Muhd

KLANG, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Emergency Responce Team (ERT), Bangunan Wisma Persekutuan Klang telah mengadakan latihan kebakaran yang turut melibatkan orang awam yang hadir, di sini semalam.

Komander ERT Nor Azmi Nordin, sedang memberi taklimat kepada orang ramai.

Komander ERT Nor Azmi Nordin, berkata pendedahan kepada kakitangan dan orang awam yang sering berurusan di sini perlu dipergiatkan dalam menghadapi kebakaran dan situasi kecemasan menerusi latihan kebakaran.

“Kekerapan latihan kebakaran seperti ini perlu ditingkatkan bagi memastikan kakitangan dan orang awam didedahkan dengan prosedur keselamatan yang tepat dan terkini apabila berlaku sebarang bencana kelak.

“Sebaiknya setiap agensi dapat mengadakan latihan kebakaran ini sekurang-kurangnya dua kali setahun agar kita sentiasa peka dan bersedia dalam apa jua situasi,” katanya ketika sesi latihan kecemasan di Bangunan Wisma Persekutuan Klang.

Pusat operasi kebakaran diwujudkan bagi mencatat kronologi kejadian.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan I Zaidi Muhamad dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara, berkata latihan ini telah mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berharap agar semua sentiasa berwaspada dan bersedia terhadap apa jua kecemasan kebakaran yang mungkin berlaku di kawasan pejabat.

Latihan kebakaran yang dilaksanakan ini melibatkan enam anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Klang Utara serta 300 orang kakitangan dan orang awam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda