
Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Baling)
BALING, 03 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) adalah program tahunan yang dilaksanakan Jabatan Penerangan Malaysia. Pelancaran KMJG 2024 telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 21 Julai lalu di Cyberjaya Event Hall, Cyberjaya.

Seramai 100 peserta konvoi diraikan dalam program KMJG Negeri Kedah
Destinasi pertama KMJG Negeri Kedah ialah di Pejabat Penerangan Daerah Baling dimana peserta konvoi disambut meriah oleh ketua-ketua Jabatan serta ketua-ketua Komuniti Madani Daerah Baling.
Peserta konvoi ini kemudiannya diraikan dalam majlis sambutan gilang-gemilang yang telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahya.
Dalam ucapan perasmiannya beliau menyatakan bahawa, semangat mengibarkan Jalur Gemilang haruslah penuh dengan kecaknaan dan penuh bersemangat, dan perlu dihayati makna kemerdekaan oleh semua peringkat masyarakat.

Pegawai Daerah Baling membuat pelepasan konvoi yang menuju ke destinasi seterusnya
“Pelaksanaan kempen kibar Jalur Gemilang oleh Jabatan Penerangan Malaysia adalah satu inisiatif yang baik bagi menaikkan rasa cinta kepada negara serta menyemai semangat patriotisme dikalangan rakyat Malaysia,” ujarnya.
Peserta konvoi KMJG 2024 kemudiannya bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Alor Setar setelah acara pelepasan disempurnakan oleh Pegawai Daerah Baling di Perkarangan Masjid Ridhwaniah Pekan Baling.
-AA-