Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

Jadikan Labuan Contoh Teladan Pamer Semangat Patriotisme Tinggi

By 12 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 12 Ogos (Malaysiaaktif) – Warga wilayah Labuan diseru menjadi contoh teladan dalam menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa, usaha untuk mengibarkan Jalur Gemilang ini perlu bermula dari rumah.

Dr. Zaliha menyempurnakan acara pelepasan KMJG 2024 Peringkat Labuan.

“Saya ingin mengajak semua penduduk di Labuan untuk menyokong inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang yang bertepatan menterjemahkan semangat patriotisme dan rasa bangga kita menjadi anak Malaysia. Labuan, sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan, mempunyai peranan yang penting dalam menyemarakkan semangat kebangsaan.

“Tradisi mengibarkan Jalur Gemilang ini perlu diteruskan dan diwarisi oleh generasi seterusnya kerana ia adalah simbol kekuatan dan perpaduan rakyat Malaysia yang perlu kita pelihara sebaiknya,” katanya semasa melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Labuan, di sini semalam.

Dr. Zaliha (tengah) menyanyikan Jalur Gemilang bersama warga Labuan.

Tambahnya, kita boleh terus berada dalam zon yang selesa walaupun sambutan masyarakat cukup menggalakkan pada setiap program atau aktiviti berkaitan Hari Kebangsaan.

“Atas dasar tersebut, kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan konsep Jiwa Merdeka, kerana jika jiwa dan semangat kita sebagai rakyat Malaysia tidak selalu digilap, lama-kelamaan ianya akan pudar.

“Menjadi tanggungjawab kita semua untuk terus mengingatkan masyarakat khususnya generasi muda bahawa nikmat kita hidup dalam keadaan yang serba aman dan selesa ini adalah hasil jerih perih pemimpin-pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda