
Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Denis Etem (Sarawak)
BAU, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Tanpa mengira usia dan latar belakang, Komuniti MADANI dan penduduk Kampung Skiat Baru seawal pukul 8.00 pagi untuk berkampung di dewan kampung mereka bagi menjayakan Kempen Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, di sini semalam.

Sumardi menyerahkan Jalur Gemilang kepada anggota RELA Kampung Skiat Baru.
Menurut Pegawai Penerangan Daerah Bau Sumardi Sugiman, program tersebut menjadi platform penduduk untuk menzahirkan rasa bersyukur dan setia kepada negara.
“Program mendapat penyertaan menggalakkan daripada anak-anak Komuniti MADANI yang merupakan murid-murid Tabika KEMAS Kampung Skiat Baru.
“Keutamaan penduduk kampung adalah untuk menyertai aktiviti gotong-royong bersama keluarga, jiran dan kawan-kawan bagi memasang dan mengibar Jalur Gemilang di rumah kediaman, dewan, bahu jalan dan lokasi strategik di kawasan kampung tersebut sempena Bulan Kebangsaan 2024,” ujarnya.

Penduduk kampung bergotong-royong memasang dan mengibar Jalur Gemilang di rumah kediaman, bahu jalan, dewan dan lokasi strategik di kampung mereka.
Program Jiwa Komuniti Madani@Merdeka Peringkat Komuniti Madani Kampung Skiat Baru adalah program kolaborasi antara Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Bau bersama Komuniti MADANI Kampung Skiat Baru dan Tabika KEMAS Kampung Skiat Baru.
Selain sembang santai dan edaran bahan penerbitan, peserta program juga berkesempatan mengikuti ceramah Kempen Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, Penghayatan Rukun Negara dan Malaysia Madani.
-ZS-