Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pemuda Dikhuatiri Lemas di Sungai Pahang

By 16 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/APM Pekan

PEKAN, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Seorang pemuda dari Kampung Kiambang, Mukim Ganchong dikhuatiri lemas selepas keluarganya gagal menghubungi mangsa kira-kira pukul 5.00 petang, Rabu lalu.

Tinjauan dilakukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Pekan.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pekan Kapten Ahmad Azmi Nafiah keluarga mangsa menyedari kehilangannya dan memaklumkan kepada pihak Angkatan Pertahawanan Awam (APM) kira-kira pukul 9.00 malam kelmarin.

“Pada jam 5.00 petang (14 Ogos) keluarga mangsa serta penduduk kampung telah mencari mangsa di sekitar kampung dan menjumpai sepasang selipar miliknya berada di tengah sungai di atas tunggul kayu.

“Pada jam 6.00 petang penduduk kampung mencari mangsa di tengah sungai menggunakan bot dan tidak menjumpainya sehingga sekarang dan ahli keluarga datang ke balai polis membuat laporan,” jelas Kapten Ahmad Azmi.

Sebahagian anggota operasi mencari terdiri dari APM dan Bomba diberikan taklimat sebelum operasi bermula.

Menurutnya, sejurus mendapat aduan tersebut, pihak APM Pekan disertai pelbagai agensi terus menggerakkan operasi mencari mangsa yang hilang.

Sebanyak sembilan buah bot dari pelbagai agensi dan orang kampung digerakkan dalam misi mencari mangsa dan seramai 15 anggota Bomba dan Penyelamat, 13 anggota polis dan enam anggota APM digerakkan dalam misi tersebut.

Sehingga kini mangsa belum dijumpai, operasi mencari dihentikan pada jam 5.00 petang semalam dan akan disambung hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda