Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sambutan Kemerdekaan Didik Pelajar Hargai Hari Bersejarah Negara

By 16 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Habibah Hassan (Manjung)

PANGKOR, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Program JIWA@Kelab Malaysiaku sempena Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-67 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkor, kelmarin menjadi saat yang ditunggu-tunggu warga sekolah terbabit bagi memeriahkan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Penolong Kanan SMK Pangkor Muhammad Shakhuri Abu Hasan.

Menurut Penolong Kanan SMK Pangkor Muhammad Shakhuri Abu Hasan, 55, program ini merupakan kesempatan yang baik untuk memperingati hari bersejarah negara sambil mendidik pelajar mengenai pentingnya kemerdekaan.

“Saya amat berharap lebih banyak aktiviti seperti ini dijalankan di sekolah kerana bagi saya nilai patriotisme perlu diterapkan dari awal bagi melahirkan anak bangsa yang bersatu-padu tanpa mengira kaum dan saling menghormati,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Anita Omar dalam ucapannya melahirkan perasaan teruja dan gembira apabila menyaksikan sambutan yang amat baik daripada para pelajar dan guru.

Persembahan silat oleh pelajar.

“Jabatan Penerangan Malaysia adalah satu jabatan yang menggerakkan dan menggelorakan Bulan Kebangsaan dengan pelbagai aktiviti kenegaraan dan salah satunya adalah aktiviti di bawah Kelab Malaysiaku dan konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG),” katanya ketika berucap merasmikan majlis.

Seramai 200 peserta menjayakan program ini dengan pelbagai acara dipersembahkan seperti tayangan khas Jiwa Merdeka, nyanyian lagu patriotik, persembahan silat dan gimik pelancaran Bulan Kebangsaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda