
Laporan/foto: Siti Nor Farhana/Zairul Afendi (Batang Padang)
TAPAH, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan anjuran Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang dan Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buyong Adil, di sini berlangsung meriah disertai 350 pelajar, semalam.

Para pelajar bersemangat menyertai program Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan.
Pegawai Penerangan Daerah Batang Padang Suriani Ghazali menyeru para pelajar agar menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengibarkan Jalur Gemilang di setiap kediaman sejajar kempen inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG).
“Ia bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan 2024 iaitu Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka,” katanya.

Nyanyian lagu 31 Ogos menyuntik semangat patriotik dalam diri pelajar.
Sementara itu, Pengetua SMK Buyong Adil Ruslan Khalid, berkata beliau mendukung usaha Jabatan Penerangan (JaPen melaksanakan program itu .
“Program seumpama ini sudah tentu dapat melahirkan rasa cinta pada negara dalam kalangan pelajar khususnya generasi muda selepas merdeka,” ujarnya ketika merasmikan program.
Antara pengisian lain termasuklah Lafaz Ikrar Rukun Negara, Ceramah Kemerdekaan, Nyanyian Lagu Patriotik, Kuiz Kenegaraan dan Penyerahan Jalur Gemilang.
-ZS-