
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin
PEKAN , 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Projek Jagung Premium Suga King F1 668 daripada dana Sejati MADANI yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mula diusahakan oleh Kampung Tanjung Medang Hulu di bawah Komuniti MADANI Mukim Langgar 2 di atas tanah seluas lima ekar.

Jenis Jagung Premium Suga King F1 668 yang dipilih untuk projek rintis Sejati Madani sektor pertanian.
Tanaman jagung premium ini merupakan projek pertama bagi kampung tersebut masih fasa penanaman selepas menerima bantuan dana Sejati MADANI sebanyak RM100,000.00 diterima.
Mengikut pengiraan dalam masa 65 hari lagi kebun jagung ini akan mengeluarkan hasil.
“Bukanlah satu perkara yang mudah untuk merealisasikan dana Sejati MADANI yang diberikan kerajaan.

Sistem renjisan digunakan untuk tujuan penyiraman jagung.
“Namun hasil kerjasama semua pihak terutamanya Ketua Kampung dan Jabatan Pertanian menguatkan semangat para peserta untuk terus bekerja keras,” kata salah seorang peserta Mazlan Abdul Manaf, 54, di sini semalam.
Beliau berharap agar projek ini berjaya dan secara tidak langsung akan memberikan semangat kepada penduduk yang lain untuk meneruskan usahanya pada masa hadapan.
-ZS-