Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Murid Prasekolah SK Pusat Berpakaian Tradisional, Meriahkan Sambutan HKHM

By 22 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) pada kali ini diserikan lagi dengan telatah dan gaya murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat, di sini berpakaian tradisional mengikut kaum di negara ini.

Muhamad Aisy Affandi.

Murid prasekolah Muhamad Aisy Affandi Muhd Yani, 6, memilih untuk memperagakan pakaian tradisional suku kaum Kadazan sekali gus menarik perhatian juri dan dinobatkan sebagai juara bagi Kategori Prince.

Guru prasekolah Mohamad Khalil Awang, berterima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan ibu bapa terhadap program ini.

Kita-kira 700 warga SK Pusat menyambut HKHM dengan penuh kemeriahan.

“Sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa terhadap aktiviti sekolah membantu meningkatkan potensi perkembangan pelajar dan secara langsung menyuntik semangat anak-anak untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti di sekolah,” jelasnya kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda