Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka Simbolik Perpaduan Kaum

By 26 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Khairul Nazrie Mat Nayan (Kinta)

IPOH, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Sekurang-kurangnya 200 penduduk setempat menjayakan Program JIWA Komuniti MADANI@Merdeka Menglembu C bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, di sini semalam.

Nyanyian lagu patriotik Jalur Gemilang.

Program ini menyaksikan peserta mengenakan pelbagai pakaian kebangsaan mengikut kaum sambil bersenamrobik dengan berlatarkan lagu patriotik ‘Saya Anak Malaysia’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Menglembu Steven Chaw Kam Foon, berkata inisiati Komuniti MADANI ini adalah murni bagi memastikan tema Bulan Kebangsaan iaitu Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka dihayati dan diamalkan oleh penduduk setempat.

“Saya juga ingin mencadangkan kepada Jabatan Penerangan (JaPen) agar memberikan penghargaan atau menganugerahkan Komuniti MADANI Terbaik supaya dapat menaikkan semangat untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dalam memasarkan dasar dan inisiatif kerajaan,” ujarnya.

Steven merakam kenangan bersama penduduk setempat.

Steven turut menyahut kempen kibar Jalur Gemilang dan inisiatif Satu Rumah Satu Jalur Gemilang (1R1JG) dengan mengumumkan edaran bendera secara percuma melalui Pusat Khidmat DUN Menglembu.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Nurul Azirah Mohd Yunus turut mengucapkan tahniah kepada penduduk yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama hebat dalam menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda