Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

KMJG Perak: Bagan Datuk Rai Kehadiran Konvoi

By 27 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)/Mohammad Ezwandi (Perak)

HUTAN MELINTANG, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Ketibaan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Perak di daerah Bagan Datuk di sini semalam, disambut meriah penduduk.

Wasanthee dan penduduk teruja dengan kehadiran konvoi KMJG ke daerah Bagan Datuk.

Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak selaku Ketua Konvoi Nur Azrina Zainal Ariff menzahirkan ucapan terima kasih atas sambutan yang diterima.

“Kehadiran kami dengan kekuatan 20 buah kenderaan agensi kerajaan dan swasta adalah dalam misi menyemarakkan Bulan Kebangsaan bersama masyarakat.

“Kami akan melalui beberapa daerah dan singgah ke beberapa lokasi sambil membuat edaran Jalur Gemilang sebelum kembali ke Ipoh, Khamis ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang Wasanthee Sinnasamy turut berterima kasih atas kesudian konvoi KMJG singgah ke daerah ini kerana telah memeriahkan suasana sambutan kemerdekaan dan menyemarakkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk setempat.

Aktiviti mewarna antara pengisian program ini.

“Sambutan ini merupakan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hutan Melintang dengan Pejabat Penerangan Daerah dan Pejabat Perpaduan Daerah.

“Sementara menantikan kehadiran konvoi ini, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya peraduan mewarna bertemakan kemerdekaan, edaran potret Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Raja Permaisuri Agong serta edaran Jalur Gemilang kepada jabatan dan agensi di daerah,” katanya ketika merasmikan Program Jiwa@Merdeka KMJG 2024.

Wasanthee turut mendoakan agar perjalanan konvoi KMJG ke lokasi seterusnya akan dipermudahkan dan beroleh keselamatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda