Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Aktiviti Bulan Kemerdekaan Pupuk Semangat Kebersamaan

By 30 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nik Noor Fatin Fatihah Nik Hasri (Kuala Terengganu)/Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu 

KUALA TERENGGANU, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelbagai aktiviti dan program sepanjang Bulan Kebangsaan dianjurkan di pelbagai peringkat bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67.

Setiap peserta perlu berbasikal sejauh 25.5km bermula di SMK Haji Abdul Rahman Limbong.

Bertemakan tradisional dan kerakyatan, Program Kayuhan MADANI di sini kelmarin memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga pendidik dan komuniti di daerah ini melalui aktiviti memanah, demonstrasi masakan kuih tradisional dan permainan rakyat.

“Setiap peserta perlu berbasikal sejauh 25.5 kilometer bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Haji Abdul Rahman Limbong, menuju SK Bukit Petiti dan seterusnya ke SK Beladau Kolam dan kembali semula ke SMK Haji Abdul Rahman Limbong.

“Di setiap hentian, peserta perlu menyelesaikan setiap tugasan melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan,” jelas Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu Khairi Mohd Noor ketika ditemu bual Malaysia Aktif.

Turut diadakan penyerahan cek zakat oleh Bank Kerjasama Rakyat.

Program yang disertai seramai 67 peserta ini turut melibatkan penyertaan daripada Arkib Negara Cawangan Negeri Terengganu, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Unit Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kuala Terengganu, Bank Kerjasama Rakyat serta Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti Sekolah (PIBKS) Daerah Kuala Terengganu.

Turut diadakan penyerahan cek zakat oleh Bank Kerjasama Rakyat, ceramah dan laungan kemerdekaan, pameran oleh Arkib Negara serta nyanyian lagu-lagu patriotik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda