Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Program Jualan Rahmah Terima Sambutan Hebat di Karnival Kemerdekaan Banggol Pak Esah

By 30 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzan Mahari/Nurshafira Mat Hussin

PASIR PUTEH, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Bersempena detik menyambut hari kemerdekaan, Komuniti MADANI Banggol Pak Esah dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Pak Esah telah mengadakan Program Karnival Kemerdekaan yang bertempat di padang sekolah SK Banggol Pak Esah.

Ruang pameran yang dibuka sekitar berlangsungnya program.

Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi tadi mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat sekitar dengan pelbagai aktiviti seperti Program Jualan Rahmah, gerai jualan makanan, kaunter interaktif, persembahan dikir barat dan cabutan bertuah.

Masyarakat sekitar turut teruja dengan Program Jualan Rahmah dalam usaha membantu meringankan beban masyarakat dengan barangan yang dijual pada harga yang murah dan berpatutan.

Zainuddin Mat Noor ketika ditemui.

“Jualan Rahmah ini masih lagi mendapat sambutan luar biasa walaupun ianya telah lama diperkenalkan.

“Jualan ini perlu dilakukan lebih kerap kerana sentiasa mendapat permintaan dan sambutan luar biasa selain memberi manfaat kepada penduduk kampung,” kata Pengerusi Komuniti MADANI Banggol Pak Esah Zainuddin Mat Noor.

Karnival yang dilaksanakan ini akan berlangsung sepanjang hari ini sehingga menunggu detik pukul 12.00 malam bagi menyambut Hari Kebangsaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda