Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Kehadiran Atlet SUKMA XXI Sarawak 2024 Meriahkan KMJG Daerah Mukah

By 30 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Genda Sating/Lance Dunstan(Sarawak)

MUKAH, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Kehadiran dua orang pelajar SMK Three Rivers yang juga atlet Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Program KMJG Daerah Mukah menarik perhatian ramai.

Salah seorang pelajar  Charmaine Lo, dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara sambil diiringi rakannya, Wesley yang dipertanggungjawabkan untuk membawa bendera Jalur Gemilang di Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) daerah Mukah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers, di sini semalam.

Charmaine Lo ketika mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara sambil diiringi rakannya, Wesley Ting.

Charmaine, 16, adalah pemenang pingat emas bagi acara sukan bola tampar wanita ketika ditemui, berkata beliau berasa gembira di atas kejayaan memenangi pingat emas kerana perjalanan untuk mendapatkan pingat tersebut amatlah susah kerana perlu menjalani latihan demi latihan berbulan lamanya.

“Latihan tersebut bukan sahaja diadakan di sekolah, malah beliau bersama pasukan turut mengambil inisiatif berlatih di luar sekolah iaitu di bandar Sibu bersama jurulatih luar yang berasal dari Thailand,” katanya.

Sementara itu, Wesley Ting, 16, yang juga pemenang pingat gangsa bagi acara bola tampar lelaki dari sekolah tersebut memberitahu penglibatan kali pertama di SUKMA lalu berikutan jurulatih telah mengesan bakat dan potensi beliau dalam sukan ini.

Pengarah Penerangan Sarawak Helmy Hamid, para guru, tetamu jemputan dan pelajar SMK Three Rivers di program KMJG daerah Mukah di SMK Three Rivers Mukah, semalam.

Wesley yang mula menunjukkan minat dalam sukan bola tampar sejak berumur sembilan tahun, memberitahu beliau bersama pasukan sememangnya menyasarkan pingat emas, namun tetap bersyukur dengan kejayaan menyumbangkan pingat gangsa untuk Sarawak.

“Selepas tamatnya SUKMA Sarawak yang lalu, saya tetap meneruskan sesi latihan bagi menyertai pertandingan bola tampar lelaki (bawah umur 16 tahun) yang akan diadakan di Sibu, bulan Oktober tahun ini,” jelasnya.

Wesley dan Charmaine turut berterima kasih kepada jurulatih, pihak sekolah, ahli keluarga, rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat di atas sokongan dan dorongan terhadap mereka selama ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda