Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Fun Walk Ambang Merdeka Serikan Sambutan

By 31 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syaiful Syarafuddin Ahmad Syafie

ROMPIN, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan malam Ambang Merdeka di daerah ini diserikan dengan acara fun walk yang disertai seramai 365 peserta di Dataran Rompin, malam tadi.

Antara hadiah cabutan bertuah dan pendaftaran ‘fun walk’ sedang dijalankan.

Selain acara fun walk, sambutan ambang merdeka yang dianjurkan sempena Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti MADANI DUN Tioman ini turut diserikan dengan persembahan buskers dan kutipan bantuan Gaza yang berjaya meraih sumbangan daripada orang ramai sebanyak RM1,058.

Seorang pengunjung Norazlina Ismail, 32, dari Kota Bharu yang baru pertama kali menyambut program Ambang Merdeka di sini berasa seronok melihat kemeriahan sambutan malam tadi dan berharap program seperti ini diteruskan bagi menarik minat masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum mendalami erti kemerdekaan.

Pertunjukkan Seni Silat Lincah yang mencuri tumpuan pengunjung.

Seorang lagi pengunjung yang ditemui, Subashini Nagarajah, 41, dari Simpang Sepayang, Kuala Rompin, berkata beliau dan keluarga terutama anak-anak amat teruja dan gembira menyambut malam Ambang Merdeka.

“Walaupun masyarakat India amat kurang di Bandar Rompin namun merasa tetap diterima tanpa ada perbezaan kaum dan agama,” katanya

Acara kemuncak Ambang Merdeka malam tadi diserikan dengan pertunjukkan bunga api selama 10 minit yang ditaja oleh Persatuan Penjaja Bandar Kuala Rompin dan laungan “Merdeka!” sebanyak tujuh kali yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Silat Lincah Cawangan Rompin Irman Hamzah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda