
Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify/Facebook Abd Rauf Yusoh
JASIN, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Kemeriahan Sambutan Ambang Merdeka kali ke-67 Peringkat Negeri Melaka telah diraikan oleh puluhan ribu rakyat Melaka yang hadir di Dataran Orang Kampung, Merlimau, di sini semalam.

Ucapan Amanat Ketua Menteri Melaka.
Menurut Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh, sekalipun Malaysia hatta Melaka terus dihadapkan dengan banyak cabaran, namun rakyat perlu menjauhi persepsi negatif dengan mengada-adakan propaganda yang boleh mencetuskan pergolakan sesama kita.
“Ayuh kita terus perkukuhkan semangat perpaduan dan suburkan nilai nilai patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menanamkan roh semangat cintakan negeri dan negara ini,” ujar Ketua Menteri Melaka dalam ucapan amanat.

Pengunjung yang hadir Sambutan Ambang Merdeka.
Tepat pukul 12.00 malam, Ab Rauf melaungkan “Merdeka!” sebanyak tujuh kali, diakhiri dengan pertunjukan bunga api dan nyanyian lagu patriotik.
Pengunjung yang hadir juga turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik dan juga persembahan oleh artis tanah air.
-ZS-