Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambutan Hari Kebangsaan Komuniti MADANI Masyarakat Siam Disambut Penuh Penghayatan

By 1 September 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)

PENDANG, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Seawal pukul 8.00 pagi, masyarakat Siam di sekitar Kampung Titi Akar telah mula berhimpun dan mengadakan persiapan untuk sambutan Semarak Merdeka Peringkat Komuniti MADANI Kampung Tok Set, di sini semalam.

Peserta sepak takraw bergambar kenangan sebelum memulakan acara.

Pelbagai acara telah diadakan sempena sambutan tersebut antaranya sukaneka, pertandingan sepak takraw dan pertandingan mewarna kanak-kanak.

Pengerusi Watt Titi Akar selaku Bendahari Komuniti MADANI Kampung Tok Set, Boon Rit Din Kran dalam ucapan aluannya menyatakan bahawa masyarakat Siam di negara ini amat bertuah kerana hidup dalam suasana aman dan harmoni.

“Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ bukan sekadar hanya menyebut perkataan merdeka, malahan bagaimana setiap ahli dalam masyarakat perlu memainkan peranan, menjiwai dan menghayati erti kemerdekaan sebenar,” ujarnya.

Sukaneka kanak-kanak yang mendapat sambutan hangat di hari program.

Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Penerangan Daerah Pendang Syamimi Aaizag Ibrahim.

Dalam ucapannya beliau menyeru kepada masyarakat Siam supaya terus bersatu padu dan mengucapkan tahniah kepada komuniti yang telah menganjurkan pelbagai acara dengan meriah.

Salah seorang pengunjung yang hadir, Arom Eli, 49, berkata beliau hadir bersama keluarga untuk meraikan kemerdekaan bersama masyarakat Siam dan secara tidak langsung merapatkan hubungan kekeluargaan di antara mereka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda