Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Perarakan 100 Kanak-Kanak Serikan Sambutan Hari Kebangsaan Kampung Chempaka

By 1 September 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marina Idris/Hizami Hanip (Petaling)

BANDAR UTAMA, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan di Kampung Chempaka berlangsung dengan penuh semangat patriotik apabila 100 kanak-kanak mengambil bahagian dalam perarakan ini.

Peserta perarakan berarak melalui Pasar Besar Chempaka dan disambut para peniaga dan orang ramai.

Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya Zon 7, John Leong, 40, yang merasmikan Program Komuniti Madani @ Merdeka, berkata perarakan ini adalah inisiatif pertama seumpamanya.

“Kami ingin memastikan anak-anak memahami dan menghargai makna kemerdekaan,” ujarnya semalam.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Chempaka Teresa Lim, 55, menambah bahawa dua elemen asas yang perlu disemai dalam jiwa kanak-kanak adalah kesatuan dan keamanan.

Kanak kanak turut berhibur dengan persembahan daripada Kid Station.

“Kami percaya bahawa dengan memahami nilai-nilai ini, mereka akan mampu mencintai Malaysia dengan sepenuh hati,” jelasnya.

Perarakan yang meriah ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme, tetapi juga mengeratkan hubungan antara komuniti,

-ZS-

Tinggalkan komen anda