Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambutan Kemerdekaan Komuniti MADANI Kampung Alor Ali Meriah Walau Cuaca Hujan

By 7 September 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Armizie Hanazifs Ahmad/Umi Natrah Jamaludin (Pendang)

PENDANG, 7 Sep (Malaysiaaktif) – Warga Komuniti MADANI Kampung Alor Ali dengan kerjasama Komuniti MADANI Kampung Batu 16, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Pendang dan Kelab Kecergasan Tokai telah memberikan komitmen yang sangat baik dalam menjayakan program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) peringkat komuniti walaupun dalam keadaan hujan.

Haji Ahmad Fatahi (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada peserta yang memenangi acara sukaneka.

Cuaca hujan tidak menghalang warga komuniti untuk keluar beramai-ramai memeriahkan program yang telah dirasmikan oleh Setiausaha Kehormat Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kedah Haji Ahmad Fatahi Haji Omar.

Beliau dalam ucapannya dalam proram itu semalam, berkata program ini diadakan bagi membentuk satu jalinan kerjasama yang baik antara jabatan kerajaan dan warga komuniti.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini dan semoga kerjasama erat ini dapat diteruskan di masa akan datang,” ujarnya.

Acara sukaneka yang disertai oleh warga komuniti.

Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan antaranya senam robik, pertandingan mewarna, sukaneka kanak-kanak, nyanyian lagu patriotik dan sebagainya.

Para peserta yang hadir turut menguji ketajaman fikiran dan semangat bersatu hati sesama ahli pasukan dengan menyertai sukaneka musang berjanggut iaitu salah satu permainan atau sukaneka yang popular sejak zaman dahulu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda