Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

400 Peserta Funwalk Merdeka Meriahkan Program JIWA Madani DUN Bandar Baharu

By 9 September 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahrani Mohamad (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Kehadiran 400 peserta Funwalk Merdeka yang terdiri daripada pelajar sekolah dan peserta daripada pelbagai agensi kerajaan di Masjid Al-Halimi Bandar Baharu, semalam memeriahkan Program JIWA Madani DUN Bandar Baharu.

Go-kart simbolik program Jiwa Madani Bandar Baharu.

“Selain meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 seperti ini sekali gus dapat mengimarahkan masjid dalam penganjuran pelbagai aktiviti yang diadakan,” kata Imam Masjid Al-Halimi Zulkifli Zainon.

Gimik perasmian ini melibatkan pembawa Jalur Gemilang oleh pasukan go-kart dari Kolej Komuniti Bandar Baharu untuk diserahkan kepada Pegawai Daerah Bandar Baharu Mohd Noor Ismail sebagai simbolik perasmian Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti MADANI peringkat DUN Bandar Baharu.

Servis motosikal percuma oleh Kolej Komuniti Bandar Baharu.

Pelbagai acara telah diadakan antaranya pertandingan mewarna merdeka kanak-kanak tabika, servis motosikal percuma, demonstrasi pemadam api kebakaran oleh Pasukan Bomba dan penyelamat Serdang, demonstrasi bantuan kecemasan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bandar Baharu, Pertandingan Masakan Tradisional Merdeka ‘Roti Jala Merdeka’, pemeriksaan kesihatan dan pergigian serta pameran daripada pelbagai agensi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda