Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sambutan Maal Hijrah Daerah Batang Padang Meriah

By 12 September 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Faizzad Kamal/Shahrizan Ismail (Batang Padang)

BIDOR, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 400 jemaah hadir memeriahkan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M Peringkat Daerah Batang Padang di Masjid Abu Hurairah, Jalan Tapah, di sini semalam.

Ustaz Harryanto selaku penceramah jemputan.

Program diserikan dengan ceramah khas oleh penceramah jemputan Ustaz Harryanto Rizal Rokman yang menyampaikan ceramah bertajuk ‘Hijrah: Satu Kemerdekaan’.

Dalam ceramahnya, beliau menekankan pentingnya hijrah sebagai satu bentuk kemerdekaan dari segi fizikal dan rohani, sambil menyeru umat Islam untuk menghayati erti sebenar hijrah dalam kehidupan harian demi mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.

Pegawai Daerah Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori ketika ditemui, berkata sambutan kali ini membawa tema ‘Al-Falah Pemacu Malaysia Madani’ yang ditekankan oleh penceramah jemputan sebagai asas penting dalam memupuk kesejahteraan dalam masyarakat.

Kehadiran orang ramai memeriahkan sambutan Maal Hijrah peringkat daerah.

“Melihat kepada penyertaan masyarakat yang hadir, saya memuji komitmen mereka dalam memartabatkan syiar Islam dan mengukuhkan ukhuwah sesama umat,” ujarnya.

Hadir merasmikan majlis Orang Besar Jajahan Batang Padang Datuk Mat Rasid Ayob.

Majlis sambutan kali ini telah menganugerahkan Datuk Haji Zairi Buruk sebagai Tokoh Maal Hijrah 1446H, Haji Abdul Aziz Mohd Isa dari Masjid Al-Mukmin (Pengurusan Jenazah Terbaik), Ahmad Firdaus Mohd Mazlan Kushari (Tokoh Usahawan Belia) dan Masjid Abu Hurairah (Pengurusan Masjid Terbaik).

-ZS-

Tinggalkan komen anda